03 April 2019

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermula lah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019. Bagi team wanita, perlawanan diadakan di Persada Plus manakala bagi team lelaki di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Game tahun ni aku memang sedikit frust disebabkan kaki aku masih bengkak akibat daripada kemalangan motor Sabtu lepas masa balik dari training bola tampar. Serius aku frust sebab tak dapat bantu team aku masa game walau sekejap.

Setiap kali nak game bola tampar, mesti ada dugaan buat aku. Dan kali ni aku buat keputusan nekad, inilah game terakhir bola tampar aku. Lagipun aku tengok anggota2 baru ramai yang boleh main. Dah sampai masa untuk aku undur diri dan hanya fokus pada pingpong je.

Aku harap untuk game kali ni kawan2 aku dapat buat yang terbaik dan berjaya melangkah ke peringkat yang terbaik. Aku hanya mampu bagi semangat dari tepi gelanggang je. Tu je yang mampu aku buat sekarang ni.

Okay gais. Untuk game esok menentang Shah Alam selaku juara bertahan, aku harap korang berjuang sehabis baik sebab aku yakin korang memang mampu. Go go chaiyokkkk!





01 April 2019

Tugasan SHAR 3053 : Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja


Assalamualaikum wbt


Pada 28 March yang lepas kami telah ke tapak pembinaan Samsung C & T, di Lot 91 KLCC di Jalan Kia Peng bagi memenuhi tugasan SHAR 3053 : Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja. Secara jujurnya, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke tapak pembinaan dan di bawa setinggi tingkat 36 dalam bangunan yang masih belum siap. 




Macam-macam perasaan yang aku rasa. Walaupun ada sedikit perasaan takut dan berdebar, tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat teruja! Inilah peluang yang takkan datang berkali-kali dalam hidup aku, dan peluang yang mungkin sekali ni akan aku gunakan dengan sehabis baik.

Antara aktiviti keselamatan yang diamalkan oleh semua pekerja Samsung C & T ialah “ToolBox Meeting”. ToolBox Meeting adalah mesyuarat keselamatan tidak formal yang memfokuskan pada topik keselamatan yang berkaitan dengan pekerjaan tertentu, seperti bahaya di tempat kerja dan amalan kerja yang selamat. Mesyuarat biasanya dibuat dalam jangka masa pendek dan biasanya dijalankan di tempat kerja sebelum bermulanya kerja atau pergeseran kerja. Ianya meliputi topik seperti bahaya tempat kerja, dan amalan kerja yang selamat.


Ini adalah salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menyegarkan pengetahuan pekerja, meliputi pemeriksaan keselamatan minit terakhir, dan bertukar maklumat dengan pekerja yang berpengalaman. Rundingan atau pertemuan ini juga dikenali / disebut sebagai taklimat keselamatan. Topik-topik yang diliputi dalam mesyuarat keselamatan harus termasuk amalan kerja yang selamat untuk pelbagai aktiviti dan tugas yang sedang dilaksanakan, pemilihan dan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta amalan pertolongan cemas yang asas. Ianya juga bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan kejuruteraan yang akan disediakan di tempat kerja. 




Kunjungan ke tempat kerja harus dijadualkan untuk membiarkan pekerja membiasakan diri dengan tata letak dan lokasi projek. Ianya penting bagi memastikan bahawa setiap pekerja tahu dimana lokasi bahan dan alat PPE itu disimpan, lokasi kit pertolongan cemas dan arahan ke hospital yang paling hampir dengan tapak pembinaan. Pastikan para pekerja tahu siapa pengurus atau penyelia keselamatan mereka harus melaporkan kepada jika kemalangan berlaku atau jika mereka menyaksikan amalan kerja yang tidak selamat. Beritahu pekerja bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan kerja untuk membetulkan tindakan atau syarat kerja yang tidak selamat. 

Amalan di Samsung C&T Toolbox Meeting dijalankan setiap hari mengikut unit dan “Grand Toolbox Meeting diadakan setiap bulan untuk peringkat syarikat yang mana melibatkan setiap peringkat dalam organisasi, pembekal, klien dan juga konsultan. Budaya mengadakan toolbox meeting ini merupakan satu budaya Samsung C&T yang diamalkan di seluruh dunia. 

Objektif utama melaksankan “Grand ToolBox Meeting” adalah bagi membentangkan progress kerja dan juga perancangan kerja bagi bulan yang tersebut. “Grand Toolbox meeting” merupakan satu medium di mana pengurusan dan juga pekerja dari setiap peringkat dalam organisasi agar dapat bertukar fikiran dan membincangkan permasalahan yang timbul. Dari aspek “Safety & Health” “Toolbox Meeting” di Samsung C & T merupakan medium bagi pengurusan mengingatkan kepada pekerja aspek keselamatan yang perlu diambil kira dan di patuhi selain itu juga ia merupakan masa yang sangat sesuai untuk pengurusan melancarkan kempen-kempen keselamatan pada bulan tersebut. Di Samsung C&T mereka melaksanakan sistem “rewards & punishment”. Salah satu agenda di dalam “toolbox meeting” adalah di mana pengurusan akan menghargai pekerja yang mengikut dan mematuhi peraturan “safety & health”. Selain dari pada itu pada mesyuarat ini juga akan ditunjukkan serta diumumkan pekerja yang akan didenda sekiranya tidak mematuhi peraturan “safety & health” organisasi.



Hadiah diberikan kepada pekerja / unit yang mematuhi peraturan keselamatan


Terdapat beberapa kebaikan dalam mengadakan TBM ini diantaranya ialah :

  • Malang tidak berbau. Kemalangan setiap hari boleh berlaku. Memulakan setiap pagi dengan mengadakan “tool box meeting” selama 5 atau 10 minit, ia berfungsi sebagai peringatan mengenai kepentingan “safety & health” di tempat kerja. 

  • Untuk memastikan pengetahuan “safety & health” sentiasa segar dalam ingatan pekerja 

  • Setiap benda akan berubah. Itu perkara normal. Ia adalah lumrah kehidupan. Sama ada terdapat perubahan dalam peraturan, atau perubahan dalam memperkenalkan alatan ataupun bahan baru. “Toolbox Meeting” boleh digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat baru atau perubahan tersebut.

Kami di berikan setiap seorang harness, topi keselamatan dan juga kasut yang bersesuaian untuk sama-sama mengikuti TBM tersebut sebelum kami dibawa untuk melawat tapak pembinaan yang mana sekali lagi kami didedahkan dengan bagaimana bahaya di tempat kerja boleh terjadi dan mengapa pentingnya penggunaan PPE dalam Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.


pekerja binaan beratur untuk menunggu giliran menaiki lif...



menunggu lif untuk ke tingkat 4 

Antara barrycade yang digunakan. Barrycade ini mengikut saiz standard iaitu 3 meter panjang.

serpihan simen yang terkumpul di jaring yang disediakan. Jika tidak diletakkan jaring kemungkinan percikan simen tersebut akan terkena pada pekerja.

antara yang boleh mendatangkan bahaya jika tidak menggunakan cara yang betul.

Ini adalah mesin pam simen. Simen yang telah dibancuh akan dipam dari bawah menggunakan mesin ini...


Tangga yang digunakan dalam pembinaan ini. Agak curam dan merbahaya...


Bahaya mungkin datang dalam pelbagai cara. Yang penting, kita perlu mengutamakan dan mementingkan keselamatan dengan menggunakan PPE yang sesuai.

Benda boleh dielakkan. Buat apa nak sakit?

My team. Azri masa ni dia berurusan dengan pihak lain di pejabat Samsung C & T


Encik Yuhyi yang banyak membantu kami dalam memberikan maklumat yang diperlukan.


Sambil menyelam, sambil minum air..
Sambil buat tugasan, sambil menikmati panorama klcc 


Sekian.
Terima kasih


D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon