25 Mei 2019

Iftar @ Ali Grand Hall

Assalamualaikum wbt..

Tempat : Ali Grand Hall, Amcorp Mall @ Aeon Au2 @ Bangi Gateway
Waktu : 6.30pm - 8.30pm
Pakej : RM15.90 (Dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Pertanyaan / Tempahan : 012-3379107 / 012-3315457

Saja nak share buffet Ramadhan di Ali Grand Hall ni. Murah sangat dan masakan yang sedap. Memang tak banyak pilihan tapi pada aku menu macam ni memang ok sangat la, ini pun tak terlarat nak makan. Buffet ni konsep dia sama macam kenduri kawin.

Kenapa aku kata berbaloi2? Sebab kalau kita beli nasi beriyani kat bazar ramadhan pun, beriyani ayam paling2 pun RM10. Tapi dekat sini, kita bayar RM15.90, beriyani kita boleh pilih nak lauk apa.. ada ayam, kari kambing, ayam masak hitam, arca buah, dalca sayur, buah2an ada, kuih muih pun ada. Ko nak tambah berapa kali pun tak kisah asalkan perut ko mampu menampung kapasiti makanan yang masuk ke perut tu.

Dan paling best sekali, kalau ada makanan lebih, diorang siap bagi plastik suruh ko bawak balik. Hihuuuuu! Aku tapau daging hitam sebab nanti boleh makan dengan roti...


04 Mei 2019

Lirik Lagu : Cinta Bandar tasik Selatan ~ Olan

                                                   
                                                   Cinta Bandar Tasik Selatan ~ Olan




Tiada apa yang dapat kurasakan
Selain dari cintaku padamu
Tiada lafaz sendu yang terindah
Yang dapat kugambarkan padamu

Bersama janji kita padukan
Seindah rindu yang dirasakan
Iringan bayu senja yang bertiup
Membisikkan cintaku padamu

Mengapakah perpisahan
Terjadi dalam cintaku
Ketika ku memerlukan kasihmu
Bandar Tasik Selatan
Mencermin kenangan syahdu
Berderai airmata piluku

Mengapakah perpisahan
Terjadi dalam cintaku
Ketika ku memerlukan kasihmu
Bagaikan dedaun layu
Yang gugur kekeringan
Dahaga mengharapkan rindumu

Senyum tangis sendamu
Sentiasa di hatiku
Namun kini kau tiada bersama

Oh! Berikanku sinaran
Agar dapat ku tempuh
Perjalanan hidupku
Bandar Tasik Selatan
Mencermin kenangan syahdu
Berderai airmata piluku




02 Mei 2019

Keranamu PSM...


Assalamualaikum wbt

Inilah harinya. Setelah melalui beberapa hari yang sangat hectic. Almaklumlah... semua nak buat last minute. Penyudahnya, berapa malam aku tak dapat tidur dek kerana menyiapkan laporan tesis ni.

Dan hari ni... tarikh akhir untuk penghantaran ke pejabat UTM di Skudai sebelum jam 3 petang. Alhamdulillah. Walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan, berjaya juga aku hantar sebelum waktu yang ditetapkan.

Dan sekarang bersedia untuk viva pada 16 Mei 2019!
D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon