Kawan2Ku

19 September 2019

Mask 3M N95 Model 8210

Assalamualaikum wbt

Pagi semalam aku rasa macam teruk sangat jerebu ni.. sesak dada dibuatnya. Tapi dalam kul 3 lebih hujan sekejap... so jerebu macam dah okla sikit. Petang tu aku pegi training badminton, balik tu aku tak pakai mask sebab macam dah kurang sikit jerebu.

Pagi tadi pulak dengan confidentnya aku kuar rumah tak pakai mask. Kekonon jerebu tak kuat la... sekali bila dah atas jalan tu baru sedar yang jerebu masih tebal. Menyesal tak pakai mask. Sesak rasa nafas aku..

Sampai opis, belek2 wasap aku nampak sorang brother ni jual mask N95 kat depan McDonald. Aku pun wasap dia untuk tanya harga.. aku fikir nanti balik kerja bolehlah singgah kejap beli kat dia. Dia tanya aku nak berapa keping, aku cakap la untuk aku sorang je.. tu aku nak tau harga supaya senang aku nak bajet berapa aku nak beli.

Tak sampai 10 minit, dia call aku suruh aku tunggu kat depan pos pengawal sebab kebetulan dia memang lalu depan IPD. 6 keping dia bagi aku... aku nak bagi duit dia taknak. Dia kata sekali sekala belanja kawan.

Alamak! Segannya aku... tapi Alhamdulillah la.. kalau nak beli aku rasa mask ni agak mahal la jugak... so yang 6 keping tadi tu aku bagi 3 keping kat kawan2 aku yang naik motor sama macam aku pegi keje. Yang naik kete aku tak layan. Haha



Ok bila pakai mask 3M N95 Model 8210 aku rasa lebih yakin untuk menghadapi cuaca yang berjerebu macam sekarang ni. Haha

17 September 2019

Pemberian Dari Mekah

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kak Sariha start keje setelah cuti lama untuk menunaikan haji. Excited bila tengok dia, Alhamdulillah dia sihat masa kat sana walaupun dia pergi sendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Macam2 dengar dia bercerita pengalaman dia kat sana, seronok sangat. Aku berharap satu masa nanti kalau ada rezeki lebih aku nak pergi sana jugak.. teringin sangat. Mesti tenang..

Pagi tadi dia bagi kurma dan kismis, air zamzam, coklat yg dia bawak dari sana. Selain tu ada jugalah dia bawak kuih2 dan makanan lain, nasib baiklah aku ni tengah berdiet. Kalau tak memang aku la yang paling banyak makan. Pastu dia suruh pilih sejadah, mana yang berkenan tu. Aku pun pilih warna pink purple... sesuai dengan tirai ngan alas katil aku yg warna pink purple jugak.

Petang sebelum aku balik, tetiba dia panggil aku then bagi jubah kat aku. Dia kata jubah ni tanda terima kasih sebab banyak bantu dia buat kerja selama ni. Alamak! Aku tolong dia bukan minta balasan pun. Ikhlas. Tapi, bak kata orang tua-tua, tak baik menolak pemberian orang. So aku terima la jubah tu dengan hati terbuka.

Malam ni masa tengah guling2 kat rumah, tetiba teringat jubah yang dia bagi tu. Aku pun ambik and... wowwwww!!! Cantiknya jubah niii! Excited giler. Tak sangka pulak jubah ala2 mak datin yang dia beri kat aku. Mesti mahal ni. Syukur Alhamdulillah. Boleh la aku pakai jubah ni bila ada majlis2 tertentu. Nak pakai pegi kerja, sayang...

Nampak tak? Saja buat love tu sebab nak tunjuk batu2 kat tangan tu. Selendang tu pun dapat sekali pakej dengan jubah.

Ni sejadah yang dia bagi. Agak tebal dan berat juga walau saiznya kecil dari biasa..

Dalia : Tetiba sis rasa terharu. Ada jugak orang yang sayang sis. Iskkkkk!

12 September 2019

Kempen Buy Muslim First ( BMF )


Assalamualaikum wbt...

Aku yakin korang semua mesti tau dan terlibat sama dengan kempen Buy Muslim First ( BMF ) melalui facebook Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia. Kempen ini adalah untuk menggalakkan kita mengutamakan produk keluaran muslim dalam berbelanja dalam kehidupan seharian.


Entah kenapa, seakan baru tersedar dari tidur tentang betapa pentingnya kita sebagai seorang muslim untuk mengutamakan produk keluaran muslim sekaligus dapat membantu ekonomi orang Islam yang terlibat dalam perniagaan. Dan aku baru sedar dan tahu rupa-rupanya banyak produk keluaran muslim yang berada di pasaran dan juga banyak produk bukan muslim yang menggunakan nama2 berkaitan Islam untuk mengelirukan pengguna.


Aku ada bercerita tentang BMF ni kat sorang kawan aku, tapi entah kenapa beria dia bantah kempen BMF ni. Dia kata tak relevan. Masa tu memang aku berdebat jugalah dengan dia pasal ni. Dan akhirnya aku tersedar bahawa sebenarnya kita tak boleh paksa siapa2 untuk BMF ni. Itu memang hak dia untuk menolak, sama juga seperti hak kita untuk menyokong BMF ni. Tiada yang paksa. Yang perli memerli tu kita biarkan jer la kan. Kita cuma nak bantu orang kita berniaga dan sebenarnya kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Yang tak suka tu, pandai2 lah jawab depan Allah nanti bila ditanya apa yang telah kita buat dalam membantu saudara-saudara kita.


Bukan itu saja, golongan bukan islam sendiri mengakui tentang perkembangan positif tentang turunnya harga barang-barang secara mendadak. Ye lah. Bila kempen ni dilakukan, tiba2 kebanyakan barang kat pasaran turun harga termasuklah minyak masak dan juga beras yang dahulunya sangat susah nak turun harga.


Dan dalam pada masa yang sama, seluruh Malaysia mendapat manfaat dari penurunan harga barangan ini.


Selama ini orang melayu kita telah dipisahkan oleh politik. pastikan kita tidak akan berpisah dengan kempen ini.

Dalia : psssttttt! Tahukah anda... Masjid adalah 'produk muslim' yang masih belum mendapat tempat dihati pengguna muslim. Sama-sama kita fikirkan.

Jom maghrib!

Tindakan Semasa Jerebu

Assalamualaikum wbt

Jerebu ni makin menjadi-jadi nampak gayanya. Dah le aku ni sejenis yang kulit sensitif, dengan resdung lagi. Habis gatal-gatal muka aku dibuatnya. Di tambah lagi dengan aku pergi balik kerja dengan naik motor, memang lagi terdedah la aku dengan jerebu ni. Nampak gayanya nak tak nak esok aku terpaksa jugalah bawak kereta untuk pergi kerja.

Tapi tu la kan. Nak marah pada si pelaku pun tak guna. Benda ni berulang hampir setiap tahun. Tak boleh nak cakap apa dah kalau menteri pun tak boleh nak buat apa. Kita sama-sama je la berdoa agar hujan turun dengan lebat sekaligus dapat menghapuskan partikel-partikel dalam udara yang tak berapa nak bersih tu.

Apa yang perlu kita buat adalah dengan cuba mengurangkan aktiviti fizikal luar rumah supaya kita tak terdedah dengan udara yang kotor. macam aku ni, kalau ikutkan setiap Jumaat memang akan ada program gaya hidup sihat kat tempat kerja aku. Tapi untuk minggu ni, program tersebut terpaksa dibatalkan dan perhimpunan bulanan yang biasanya dibuat di dataran depan IPD pun di tukarkan ke dewan serbaguna.

Kalau boleh korang cubalah untuk sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Kalau korang kat opis tu, duduk je diam-diam dalam opis. Jangan kemana- mana... kalau yang memang bekerja kat luar tu, macam adik-adik yang buat servis Food Panda, Grab Food dan lain-lain tu, nak tak nak terpaksa la korang pakai penutup hidung dan mulut. Pastikan penutup hidup dan mulut yang korang guna tu adalah dari jenis 3  ply. Contoh penutup hidung dan mulut yang sesuai digunakan ialah P100 dan N95.

Udara kat dalam rumah dan opis korang pun korang kena pastikan sentiasa bersih. Kalau siapa-siapa yang ada penapis udara tu, kira kelebihan la kat korang untuk mendapatkan udara yang bersih. Kalau siapa-siapa yang takde penapis udara tu takper, jangan pulak korang stress. Pastikan je udara kat rumah tu bersih. Kalau ada suami, adik beradik ataupun rakan sekerja korang yang merokok kat dalam rumah / pejabat, korang sesah je dengan kayu besbol. Tak pun korang ambik rokok kat tangan diorang tu, korang cucuh je kat peha dia. Kita bagi penderaan sikit kat dia biar dia sentiasa beringat.

Mana-mana yang menaiki kereta tu, korang bukak la penghawa dingin tu. Aku tengok ada je kekawan aku yang tak nak bukak penghawa dingin, nak jimat minyak katanya. Ada tu yang bagi alasan nak hirup udara luar, sebab tu bukak tingkap dan off aircond. Deyyyyyyy! Korang tak nampak ke kat luar tu udara berjerebu???? Kalau on aircond pun, pastikan operasi mode aircond tu dalam mode kitaran udara dalaman.

Selain tu, korang kena banyak minum air kosong. Aku tau yang part kena minum air kosong banyak ni memang korang susah sikit nak buat, sebab aku pun sama. Tapi untuk kesihatan yang baik, kita cuba juga lah gagahkan diri untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Amacam? Boleh ke tidak?

Ok. Last sekali, basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan ataupun menghadiri aktiviti luar. Ye lah kan, takut jugak zarah2 tu ikut melekat kat kita. Jadi seeloknya kita cuci la bersih-bersih.



Untuk tengok Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang terkini, korang boleh klik link ini.

Selain tindakan semasa jerebu kat atas ni yang korang kena buat, korang juga kena tahu apakah kesan kesihatan akibat jerebu ni.


Jerebu akan memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihadapi seperti:
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • Asma
  • Radang paru-paru
  • Sakit jantung
  • Sakit tekak
  • Sakit mata
  • Batuk
  • Selesema
Terlupa pulak aku nak bawak mask aku. Kebetulan kat opis diorg ada edarkan mask ni, bolehlah dari takder. 

Oklah. itu je yang dapat aku share tentang jerebu ni. Sama-samalah kita mengambil langkah selamat semasa berlakunya jerebu ni.

Villa Zaitun / Fairwinds Hotel, Port Dickson

Assalamualaikum wbt...

Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimiliki oleh pemilik produk Zaitun - produk Muslim yang pernah terkenal suatu masa dahulu. Ceritanya menarik minat aku, lebih-lebih lagi dulu produk Zaitun ni memang pernah aku gunakan dalam kehidupan aku masa zaman kanak2 dulu. 



Penulis artikel ni memang pandai menarik minat pembaca untuk menghayati dan sekaligus menghabiskan pembacaan tentang Villa Zaitun ni. Gaya bahasa dan penulisan yang mudah difahami, dalam masa yang sama seakan membawa kita sekali dalam misi penyiasatan beliau dalam mengkaji asal usul villa tersebut.

Aku nak olah semula ayat atau ringkasan pun tak berapa pandai tapi korang semua boleh baca kat link yang aku beri kat bawah ni. Aku juga ada ambil kronologi villa Zaitun dari blog tersebut supaya korang dapat gambaran dan sekaligus berminat meneruskan pembacaan di blog tersebut.



Kredit : Pengetua TheHistorian SS



Kronologi ‘Villa Zaitun/Fairwinds Hotel’

– Sekitar pasca Perang Dunia Pertama (1914-1918), sebuah banglo mewah dibina oleh seorang hartawan Cina Port Dickson

– Selepas era penjajahan Jepun atau pasca Perang Dunia Kedua (anggaran selepas 1945), hartawan Cina itu menduduki semula banglonya.

– Sekitar 1950-an, Fairwinds Hotel mula beroperasi di banglo itu.



– Awal 1990-an, pemilik Zaitun Industri membeli banglo itu dan menjadi ‘Zaitun Villa/Vila Zaitun/Rumah Zaitun’.

– Sekitar pasca 2003, pihak Zaitun Industri melepaskan pemilikan ‘Zaitun Villa’.

*Tambahan, sekitar 2008-2009, ada laporan yang mengatakan terdapat kelibat rusa-rusa di dalam premis Zaitun Villa.

– Kini, pihak Avillion Port Dickson telah membeli hartanah itu dan dijadikan tempat meletak kereta (ketika artikel ini ditulis).


Sejarah Port Dickson dan tempat-tempat lain seperti Lukut yang merupakan syurga perlombongan bijih dan pengeluaran arang pada masa lalu memberikan keuntungan dan nasib yang baik kepada imigran Cina. Pembinaan pelabuhan merancakkan lagi kepesatan ekonomi di Port Dickson. Malah pada tahun 1891, jalan keretapi dibina untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Dari asalnya pelombong biasa, mereka membina kekayaan dan akhirnya mampu memiliki banglo mewah yang memiliki standard senibina Neo-Renaissance yang menjadi trend bangunan mewah di Eropah ketika itu.

Namun kedatangan Jepun, mengubah segala-galanya.

Kekejaman melampau Jepun di banglo tersebut membuatkan ‘aura’ banglo mewah itu tidak seperti sebelumnya. Ia memberikan tekanan perasaan dicampur masalah-masalah lain. Tragedi maut yang melibatkan keluarga hartawan itu membuatkan banglo itu disewakan sahaja kepada orang lain untuk dijadikan hotel.

Hotel itu nampaknya menikmati zaman kegemilangan, namun akhirnya ia dijual, mungkin sekitar 90-an. Ini kerana ketika pengambaran klip video penyanyi Shima itu, ianya sekitar tahun 1990-an dan keadaan banglo itu sudah pun agak terbiar dan terdapat unsur lakumusnah (vandalism) pada bahagian-bahagian seperti tangga dan dinding. Ini bermakna Fairwinds Hotel telah berhenti beroperasi lama sebelum itu. Mungkin awal atau pertengahan 80-an ini kerana pada 1974-76 (tempoh George bekerja di sini), hotel itu masih wujud dan memberikan servisnya kepada George. Jadi pengusaha Zaitun Industri mungkin membelinya sekitar tahun 1990-an itu. Ya, seperti yang ada dalam komen ‘kontraktor’ sebelum ini di Youtube Faizal Rozi.

Zaitun Industri pernah melalui zaman kegemilangan, namun akhirnya tragedi demi tragedi menimpa apabila berlaku salah urus pentadbiran syarikat menyebabkan ianya mengalami zaman kejatuhan.

Saya tidaklah mengatakan bahawa semua ini ada kaitan dengan perkara-perkara ‘mistik’ berpunca dari banglo tua itu. Bagi saya pemilik terakhir jadi begitu adalah atas kesilapannya sendiri.

Sekian.

Untuk kisah yang lebih lanjut, bolehlah lawat ke blog http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1853

06 September 2019

Lirik Lagu : Hutang ~ Floor 88

Assalamualaikum wbt

Siapa kat sini yang suka berhutang? Ni ada lagu ditujukan khas buat korang...

Pssttt.. suka tengok video klip lagu ni...lebih2 lagi part last tu. Lawak.

Hahaha


Hutang ~ Floor 88


Kau nak cepat kaya

Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata


Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu


Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam) 


Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana


Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit tu beribu semua entah ke mana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem 


Solo solo
Solo solo
Solo solo 


La la la la la la la la
La la la la la la la la


Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang)


Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana 


Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana 
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Rampo ngiseng semar tilem




Lirik Lagu : Kerana Budi Ku Jatuh Hati ~ Spring


Assalamualaikum wbt..

Lagu-lagu kumpulan legend Spring ni memang semua aku suka. Suara abang Ameng Spring memang tersangatlah best sehinggakan mampu memberikan kesan 'jiwang'yang amat mendalam ke atas diri aku lebih2 masa zaman aku bercinta dulu...

Entah kenapa tadi aku terdengar lagu ni kawan aku nyanyi dan tiba2 aku terkenangkan zaman2 indah dulu. Zaman waktu muda remaja. Sekarang pun masih remaja, tapi remaja purba.

Kerana Budi Ku Jatuh Hati

Tidak terdaya bagiku

Meluah rasa terpendam
Hendak memetik cintamu
Bimbang nanti tidak kesampaian

Kau bagai hujan yang datang
Menyiram musim kemarau
Indah mu tiada bandingan
Sedang aku cuma dagang yang merantau

Terlalu banyak pengorbanan darimu
Susah senang ku kau mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa terharu
Bila mengenangkan budi dan jasa mu
Aku tahu siapa diriku
Bagaikan musafir yang menumpang lalu

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga
Engkau datang membawa bahagia
Entah apakah gerangan di jiwa
Hendak ku tinggal tiada berdaya

Kerana budi aku jatuh hati
Aku tak mengerti ianya terjadi
Kerana budi aku jatuh hati
Kepada mu kini cinta bersemi
Terlalu banyak pengorbanan darimu
Susah senang ku kau mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa terharu
Bila mengenangkan


04 September 2019

Latihan Kemahiran Menembak


Assalamualaikum wbt

Aku kalau di offer untuk pergi menembak, memang aku takkan tolak. Tak kira lah bawah IPD ataupun bawah Selangor. Terror tu memang taklah, tapi takder la teruk sangat. Biasa-biasa jer. So bila Insp. Zaza call aku ajak join menembak, aku on jer.

Kali ni aku pergi Latihan Kemahiran Menembak PERKEP Selangor. Lama sangat dah aku tak join program Perkep ni, sekali sekala apa salahnya. Last pun aku pergi menembak ni hujung oktober tahun lepas kat lapang sasar Sungai Buloh. Masa tu pun aku sempat masuk acara centre fire je, tak sempat nak tunggu acara falling plate sebab petang tu aku ada game bola tampar kat shah alam.

Latihan Kemahiran Menembak kali ni aku cuma masuk acara falling plate, iaitu menembak piring dengan berbekalkan hanya 5 butir peluru. Kami dari IPD Subang Jaya di wakili oleh 4 peserta iaitu ASP Farizah, SM Ruzita, aku dan juga Dayang Ernie.











Baru perasan sebenarnya tak banyak gambar masa menembak.. tapi banyak gambar syok sendiri je dalam henfon aku.

Adeh!

03 September 2019

Gambar Umrah Mak Abah 2018


Assalamualaikum wbt..

Lama dah aku perap entry ni dalam draft. Ni gambar masa mak, abah, adik dan adik ipar aku tunaikan umrah Disember 2018. Alhamdulillah rezeki diorang untuk sekali lagi ke Tanah Suci atas tanggungan abang aku (kecuali adik ipar aku yang ditanggung sepenuhnya oleh suami dia a.k.a adik aku)

InshaaAllah kalau ada rezeki dan umur panjang, aku pasti akan ke sana juga. Seronok dengar mak abah aku bercerita setiap kali balik dari sana. Kekadang ada juga aku gurau2 dengan mak, apakata mak ngan abah tak payah pegi sana lagi dah sebab dah banyak kali pergi sana .. lepas ni bagi akak pulak pegi, mak belanja.

Cepat je mak jawab, ehhhhh mana boleh. Nanti mak kalau rindu sana mak nak pegi lagi...

Ye lah. Aku pun faham. Aku pun cakap gurau2 jer. Takkan la aku nak pawww duit mak abah. Sepatutnya aku yang tanggung diorang. Ngeeeee! Korang doa-doakanlah aku dilimpahkan rezeki yang berlebihan untuk aku ke sana nanti.

Aminnnnnnn!

Kat KLIA - tengoklah betapa berkilatnya muka aku gara2 aku merempit dari USJ ke KLIA ... 








Mak ngan Zila... adik ipar aku.



First time tengok Azhar botak. Botak Chin.


Akamak!!! Terkejut beno nampaknya abah tu. Haha


Status Blog #122


Dah sampai masanya aku buang semua memori tu. 
Ada tapi tak ada. 
Aku tak kisah dah. 
Kamu tak perlu risau, kerana aku tak akan pernah mengungkit. 
Sekali aku melangkah, takkan sekali ku toleh kebelakang.

 Move on.

 Macam yang aku sedang buat sekarang. 

#lemakdegil 

30 Ogos 2019

Status Blog #121


Aku Sedar Siapa Aku.
Tak Perlu Kau Cuba Sedarkan.




28 Ogos 2019

Status Blog #120


Kisah sedih.

Dulu first time diet terus boleh turun 25kg. Hari2 pegi keje bawak bekal masak sendiri supaya tak termakan benda2 yang dilarang masa tengah diet. 7 bulan tak sentuh nasi rilek je.

Lepas berjinak2 dengan dunia hiking berat naik semula 25kg (#keranahikingakugemuk)

Sekarang ni nak diet semula naper susah sangat ek? Nak masak bawak bekal pegi keje macam dulu2 malas betul. Tak serajin dulu. Aku dan nasi pun susah nak dipisahkan. Sehari tak jumpa terasa rindu giler. 

Rindu sangat.. 

Haishhhh! 

#siscubadiet         


Gambar Sekadar Hiasan

25 Ogos 2019

Hiking @ Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Baru


Assalamualaikum wbt.

Kali ni pergi ke Bukit Batu Pahat yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Sebenarnya sis setuju ikut diorang pergi KKB ni bukan apa, sebab sis dah terbayang2 Cendol Pak Samat kat depan Masjid jamek Al-Rahimah... aduhai sedapnyaaaa... lepas turun dari bukit nanti bolehlah singgah kejap. Nasi Goreng Daging Salai dia pun boleh tahan sedapnya. Kalau pedas lagi sikit, lagi la ngam dengan tekak aku ni.

Eh. Ni nak cerita pasal hiking ke pasal makan ni??? hahahah

Pagi masa berkumpul sementara tunggu yang lain sampai


Sebelum start hiking boleh pulak hujan.. nasib baik la sekejap je.. dah le aku lupa nak bawak poncho.

Awal-awal pendakian landai jer...

baru lepas hujan so memang trek agak lecak dan licin la...
muka ada happy..

dah mula pewai














starting point memang betul2 depan ni...





Walaupun Bukit Batu Pahat ni tak berapa tinggi, tapi masa kedatangan kami tu memang baru lepas hujan dan menyebabkan trek agak sedikit licin dah lecak. Memang kejap2 kami terpaksa berhenti untuk membersihkan tapak kasut yang dipenuhi oleh tanah yang tebal. Tu yang membuatkan kami jadi cepat penat padahal bukit ni tak setinggi mana pun. Tapi bila dah sampai ke puncak, hilang rasa penat, View pun boleh tahan cantik. Thanks pada Fitri Kanta sanggup bawak kitorang naik ke sini.. dialah guider dialah sweeper. hehe

InshaAllah kalau ada masa, memang nak datang lagi ke Bukit Batu Pahat ni... sesuai untuk training atau geli-geli bosan tak de benda nak buat. Yela.. nak pergi panjat gunung tak mampu dah dengan stamina yang macam ni..

haha!


Cendol Pak Samat. Setanding dengan Cendol Man Laksa dekat area rumah aku ni.. dua-dua aku suka. sedap. 
Nasi Goreng Daging Salai. Ni kalau pedas sikit lagi, lagi la mengaummm kelazatannya. 

Errrrrr... lepas hiking memang biasa macam ni tau. Cari makan. sebab tu semenjak aktif hiking, aku makin gemuk.

#keranahikingakumakingemuk
D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon