Kawan2Ku

25 Julai 2014

Sakit Pulak Hati Kita

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa... hari ni sepanjang hari aku jadi panas baran....

Entah kenapa... aku rasa semua orang sangat menyakitkan hati....

Entah kenapa... jiwa aku begitu sensitif walau dengan perkara yang remeh....

Entah kenapa... hati aku mendidih dengan setiap kata walau hanya gurauan...

Pertama : Kecewa kerana boss tak benarkan pulang awal sedangkan boss besar dah bagi kelepasan separuh hari... bayangkan perasaan kecewa yang teramat sedangkan perancangan sudah dibuat. Tapi apakan daya, SYMP. Pasrah. Terbantut segala perancangan...

Kedua : Tentang my good friend (biarlah rahsia)

Ketiga : Tersadai tepi jalan disebabkan temperature kereta naik... panas kereta, panas cuaca sepanas rasa hati aku...

Keempat : Perangai si anak yang betul2 mencabar kesabaran aku. Apa yang dia buat betul2 menaikkan kemarahan aku walhal perkara yang sama juga dibuatnya sebelum ni.

Kelima : Yang paling buat aku marah... Sikap pak guard di kawasan rumahku yang sangat menyakitkan hati dari dulu lagi.. dua kali kereta aku bergesel dengan tong konkrit yang tak sepatutnya diletakkan disitu. Di jalan yang sempit dan diletakkan ditepi selekoh. Kali pertama aku dah sembur semula... ni kali kedua rasa nak suruh je dia yg bayar... tak sepatutnya letak tong tu kat situ.. alasan : supaya tiada kereta lain parking kat situ... hello... setiap rumah dah ada parking masing2... setiap rumah punya hanya 1 kad access... kalau ada kereta lain parking kat situ, maksudnya ko la yang tak buat keje benarkan kereta lain suka suki masuk.. apa taknya... asyik bergayut kat telefon... memang hilang sabar aku dibuatnya...

Ke enam : Marah dengan diri aku sendiri.. semenjak dua menjak ni tak tau kenapa sukar untuk aku kawal kemarahan dalam diri... sensitif. Kalau dulu hati kering... katalah apa saja... buatlah sesuka hati... aku langsung tak kisah... sekarang... sangat berbeza... cepat naik angin. Macam tadi, aku cuba kawal kemarahan yang dah bertunas sejak pagi. Penyudahnya.. jam  4pm hingga 4.20pm aku bertapa dalam kereta, menangis. Terperasan ada mata yang memerhati, aku berlalu pergi.. dua minit.. menangis lagi sepanjang jalan pulang. Mungkin itu cara aku meredakan kemarahan. Redakan tekanan. Aku pun tak faham....

Ermmmmmm....

Sakit pulak hati kita....

Spam? Malware? Komen?

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lepas satu, satu la masalah yang menimpa blog aku ni... sebelum ni aku pernah update pasal entry yang entah sapa2 publish kat blog aku ni.. boleh tengok kat sini dan sini. Dan dah settle pun masalah tu... Puas la aku yang agak tak berapa pandai ni cari macamana nak selesaikan masalah tu, akhirnya berjaya juga... Dan sekarang, masalah baru pulak yang timbul...

Entah kenapa banyak betul komen komen spam yang masuk... tension betul aku... cer tengok ni...



Tu je ada 242 komen... yang aku dah delete je ada beratus... benda ni la yang menyebabkan blog aku dijangkiti virus malware tempohari. Tension kan????

Atas bantuan rakan blogger yang juga merangkap teman seopis dari blog ini, dia mencadangkan agar aku on kan semula Word Verification agar tiada komen2 yang datangnya dari 'bukan manusia'... hahahha!


Dan kini, hidup aku semakin aman dan bahagia tanpa gangguan dari 'bukan manusia' ni... dan aku harap juga korang bersabar la untuk menelek word verification tu sebelum nak post komen.. hamba terpaksa ok! terpaksa meletakkan ia supaya tiada makhluk perosak yang bisa membinasakan blog aku ni...

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

21 Julai 2014

Cerita Sebelum Ramadhan : Office Potluck

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 21, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Ini pun cerita sebelum Ramadhan... Office potluck.. simple jer... makan apa yang ada... buat ni pun sempena nak sambut Ramadhan...

Layankan jer la gambar ni.. kebetulan masa buat potluck ni, mood aku tak berapa stabil sangat. Penat disebabkan Ops Warta, aku keje sampai malam selama dua minggu. Balik rumah nak kena buat puding ni pulak. Esoknya pagi2 dah masuk opis semula... memang sangat penat. Yang bestnya, abis je Ustaz Azhar dari cawangan BAKA bacakan doa, aku terus nyorok belakang rak buku... aku tidur.. nyenyak jugakla... dapat tido kejap, lega rasa... hilang rasa penat.. terus cari makan. Hahahaha!

Ni je yang aku buat...














Sambut besday Seha sekali...

Tu jer la yang nak diceritakan...
Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaa!



Cerita Sebelum Ramadhan : Ceramah Ustaz Kazim Elias

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 21, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ini cerita sebelum Ramadhan.. aku sempat ke IPK Selangor untuk mendengar ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Ceramah yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Barzakh... Memang sangat best dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri agar berubah kearah yang lebih baik....
















Ustaz Kazim Elias... memang terbaikkkkk!

17 Julai 2014

Program Bubur Lambuk

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Julai 17, 2014 0 comments
Alhamdulillah... syukur... murah rezeki hari ni.. seperti tahun tahun yang sebelum ni, Litrak dan SPRINT memberi sumbangan dalam menganjurkan Program Bubur Lambuk bersama PDRM..

Macam tahun lepas jugak, aku dapat 5 bekas bubur lambuk. Nampak macam banyak kan? Tapi sebenarnya sekejap je kami boleh licinkan kesemuanya...

Dan hari ni, tak ada kos untuk aku berbelanja makanan di bazar Ramadhan... makan apa yang ada je.. dah lebih dari cukup.. Alhamdulillah...



14 Julai 2014

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 14, 2014 0 comments

13 Julai 2014

Murtabak Cream Crackers VS Murtabak Maggi

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Julai 13, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... hari ni berkesempatan berbuka puasa dengan encik asben bersama sama.. Ramadhan kali ni, inilah kali kedua dapat berbuka puasa bersama dia... Nak buat camana kan.. dia balik keje dah lewat... terawih pun buat kat rumah jer...

Memandangkan hari ni dia ada, so kami rancang untuk sama sama berduet memasak kat dapur.. tugas aku adalah menyediakan murtabak crackers dan dia pulak perlu buat murtabak maggi..

Ok. Kita tengok murtabak siapa paling laris... 

hahahaha!


Setelah di adili, nampaknya murtabak megi lebih laris berbanding dengan murtabak crackers. 5 keping yang encik asben buat, lima2 habis.. rasanya aku la yang paling banyak makan..

Hahahaha!

12 Julai 2014

Pray For Gaza

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 12, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Gaza dibedil lagi... Ya Allah... selamatkanlah bumi Gaza... Lindungilah mereka dari kekejaman yahudi... Amin Ya Rabbal Alamin...











Kek Lapis Masam Manis

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Julai 12, 2014 0 comments

Alahai... tetiba je teringat kat kek lapis masam manis... sedapnya la hai.. nampak gayanya memang nak kena buat ni... dah terigau2 ni... ok Dalia... pastikan sebelum raya buat ok..

Errrrr... rasanya kali terakhir buat tahun 2011 kut.. hahaha lama dah...

Ok.. kek lapis yang aku pernah buat tu boleh tengok kat sini dan sini... layannnnnn!

11 Julai 2014

Kursus Bahasa Mandarin

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Julai 11, 2014 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Pada 9-13 Jun yang lepas aku berkesempatan menghadiri kursus Bahasa Mandarin yang bertempat di Intan
Jalan Elmu (INTENGAH).. sebenarnya pada asalnya aku, kak wani dan sue sama sama memohon untuk mengikuti kursus ni, tapi rezeki berpihak pada aku sorang kerana hanya aku yang terpilih untuk mengikuti kursus tu. Sedih jugaklah sebab takder geng, tapi redah jer la sebab kat sana confirm dapat geng baru... hhehe!

sempat selfie lagi dalam kereta sebelum masuk kelas...
                                                   
Kat dalam bilik kuliah ni la kursus ni berlangsung...
                               

ya! bila laoshi pergi belakang, aku amik gambar dari depan.. dalam gambar yang bertudung kuning tu Jannah namanya...  peserta paling pendiam...

ni la partner aku dalam kelas.. Eka empunya  Belog Cik Eka...

walaupun aku pernah belajar dan ambil subjek Mandarin kat Uitm dulu, tapi sebenarnya aku dah banyak lupa mungkin sebab tak dipraktikkan...

sempat lagi... ni bermaksud laoshi takder kat depan.. kekekeke

yang baju biru tu banzhang (ketua kelas).. lakonan dalam kelas ni..

macam macam gaya...

aippppp! tengok skrip...

bersungguh...

Hasni... dia ni pun pernah belajar Mandarin kat UITM dulu.. sama course ngan aku cuma aku senior skit dari dia...


Khalif Azza.. mamat paling banyak cakap dan kelakar dalam kelas... ingat lagi waktu rehat, dia tanya Laoshi, "Laoshi, kalau nak cakap 'jangan tanya saya' macamana?" Laoshi jawab "Bie wen wo"..  then dia cakap "Laoshi, ni bie wen wo, ok" ... hahahaha... yerla.. setiap kali pelajaran baru laoshi akan tanya sorang2, masing2 kecut perut la nak menjawab dalam Mandarin... hahaha 

Yang ni nama dia Dina... salah seorang yang aku rapat dalam kursus ni..

Sesi bercakap dalam kelas... ceritalah apa2 tentang kita tapi dalam Mandarin laaa....



Pokawi... dia ni pun kelakar jugak... 

banzhang...

Nieza....




Lai Laoshi... aku duduk betul2 depan dia... hehehe!

Liana....

Dee... dia ni memang terror cakap Mandarin...

Eka... partnerku.. 



Sri... 

kak Sue..

Jannah...

Lai Laoshi yang sporting... ingat lagi masa hari pertama masa lepas minum pagi, sebelum mula kelas dia tanya aku.. "Dalia sebelum ni pernah belajar Mandarin ker?" hehehe...

cenderahati buat laoshi...
 Sesi penyampaian sijil...





Kursus yang sangat bermanfaat... harap2 ada sambungan la lepas ni... Mandarin 2... ngeeeeeee!
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea