31 Julai 2018

Status Blog #112


Assalamualaikum wbt..

Lama dah aku tak update blog ni. Penuh dengan sawang. Teruk gak aku nak 'membersihkan' sawang2 ni. InshaaAllah dalam masa terdekat aku akan keluarkan semua yang tersimpan terperam terjeruk terjerat terpenjara kat dalam draft tu.

Cuma hari ni aku nak cakap sikit pasal tragedi yang berlaku pada pendaki Malaysia di Gunung Rinjani tu. Sedih dengan apa yang telah berlaku, tragedi yang tak dijangka mengakibatkan sorang pendaki rakyat Malaysia terkorban dan beberapa orang lagi cedera. Memang kejadian ni bukan saja membuatkan mereka trauma, bahkan menjadi peluntur semangat kepada mereka2 yang telah menyimpan hasrat untuk mendaki ke Gunung Rinjani macam aku.

Takperlah. Semua yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Dan jangan lupa juga, ia adalah satu peringatan yang Allah turunkan kepada umatnya. Sayangilah bumi kita. Jangan dieksploitasi demi kepentingan dan mengaut keuntungan.

Aku dengar2 cerita sepatutnya bermula 1/8/2018 ni permit untuk mendaki ke Rinjani akan dinaikkan dan dikira mengikut hari.. Dan ramai yang merungut Dan tak puas hari. Tetiba gempa berlaku kat sana. Tapi entahlah. Tak berani aku nak komen lebih2.. Ni semua kuasa Allah dan sama2 lah kita saling ingat mengingati.

InshaaAllah


D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon