Kawan2Ku

30 Mac 2019

Aku Eksiden!


Assalamualaikum wbt...

Alkisah...

Aku balik dari training bola tampar kat IPD... entah apa malang nasib aku, dah tak jauh sangat dari rumah boleh pulak aku eksiden. Mungkin salah aku la sebab tak berhati-hati masa nak keluar simpang, tapi penunggang moto satu lagi tu pun pada aku salah jugak sebab tak matikan signal motor dia... so mati-mati la aku ingatkan dia nak masuk simpang yang aku keluar tu.

Apalagi... bila aku keluar simpang dan dia jalan terus (aku ingat dia nak masuk simpang tu), maka berlakulah pertembungan antara aku dengan dia dimana motor dia telah menghentam motor aku sekaligus menghentam kaki aku yang sangat berharga ini. Nak menangis rasa sebab tinggal berapa hari je lagi nak hari pertandingan bola tampar.




Bila dah bertembung tu, motor aku still gagah berdiri... tak jatuh pun... motor orang yang langgar aku tu yang jatuh. Tapi masa tu aku dah rasa kaki aku sakit semacam. Aku kedepankan motor skit dan aku turun dari motor. Sah! Kaki aku membengkak dan aku terus terduduk kat atas tanah. Ada sorang budak tu datang kat aku, dan dia mintak nombor telefon asben aku untuk bagitahu yang aku eksiden. Masa ni otak aku jem. Dia tak tau ke aku kat Subang ni sorang-sorang? Aduh. Sensitif betul.




Aku cakap kat budak tu, takper nanti akak call kawan akak. Kebetulan sangat masa kejadian tu Tuan Que ada kat area situ jugak. Dengan dia lah aku mintak tolong dan dia la yang uruskan semua, panggil kawan dia untuk simpankan motor aku dan dialah juga yang bawa aku pergi klinik. Lepas pergi klinik, aku kena pergi hospital untuk buat xray, kalau ikutkan Tuan Que nak hantar aku tapi aku rasa macam banyak sangat menyusahkan dia, so aku mintak bantuan Sue Senget untuk hantar aku ke hospital Sungai Buloh.








Settle semua dah malam jugakla... rasa menyesal jugak sebab tak gunakan medical card aku dan pergi ke hospital swasta, tapi bila fikirkan yang aku mesti warded untuk claim insurans, aku lupakan je hasrat tu memandangkan game bola tampar dah dekat.


Esoknya, baru la aku bagitau asben aku yang aku eksiden.... teruk gak la aku kena bebel sebab tak bagitahu dia awal-awal. hahaha.. aku bukan apa... aku taknak dia risau... bila Doktor kata kaki aku tak patah atau retak, barulah aku bagitahu dia. Okla tu...

Kan?

25 Mac 2019

Sambutan Hari Polis Ke 212 Tahun 2019


Assalamualaikum wbt...

Program : Sambutan Hari Polis Ke - 212 Tahun 2019 Peringkat IPD Subang Jaya
Tarikh : 25 Mac 2019
Lokasi : Perkarangan IPD Subang Jaya dan Dewan Serbaguna IPD Subang Jaya.





















24 Mac 2019

Hiking @ Denai Tiga Puteri 5.0


Assalamualaikum wbt...

Orang kata apa yang kita rancang dari awal selalunya tak menjadi. Memang betul pun.... banyak kali dah berlaku kat aku... sampai masa, masing-masing 'lipak'''...

Tapi kali ini, semuanya memang tak rancang dari awal... Malam tu masa aku dengan Sue pergi lepak dekat Restoren Night Circle kat Seksyen 11 Shah Alam sambil melayan busking, tetiba je aku rasa macam nak mendenai esoknya.. yer la, denai je yang paling dekat dengan rumah. Tu yang aku terus wasap Kenz, saja cuba nasib kut2 la dia free. Alhamdulillah... dia pun ok je takder program apa... Nak ajak Sue, memang tau dah dia awal2 dah reject kalau bab2 hiking ni.. haha!


Perbualan aku dengan Kenz


Punyalah lama tak pergi sana, tak tau pun sekarang dah ada pondok ni....

Berdua lebih baik...

Selfie jangan tak selfie.. orang belakang tu pun kemain lagi... hahaha

Malam tadi balik dari tengok orang busking dah lewat, sampai rumah pun lewat. Pastu tidur pun lewat dok membawang dengan geng2 lain dalam grup... sampai puncak denai, terasa mengantuk giler.... Ni seketul Dalia sebelum terlelap kat puncak tu. hahaha


Peneman / penjaga

Sebelum mulakan pendakian dan selepas pendakian kena lapor kat sini ye kekawannn... tulis nama jer... tak kena bayar pun...

Ok. Tu je sikit cerita pasal hiking. Sekarang ni bukit-bukit je la yang sis mampu. MengGunung sis tak mampu... tak berani sebab muatan sis makin berat.

Syerammmmmmm!

23 Mac 2019

Status Blog #117


Assalamualaikum wbt

Saja jer nak simpan gambar ni kat sini... nanti bila dah takder kelas, mesti rindu zaman2 belajar ni... Almaklumlah adult learner... masuk kelas pun, dapat lecturer sebaya...

Apa nak dikata!
haha!















22 Mac 2019

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 22/03/2019 )


Assalamualaikum wbt

Aktiviti : Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik

Lokasi : Perkarangan IPD Subang Jaya

Tarikh : 22 Mac 2019




21 Mac 2019

Majlis BSPT Subang Jaya


Assalamualaikum wbt.


Program : Majlis Perasmian Pejabat Trafik Dan Majlis Meraikan Pertukaran, Kenaikan Pangkat, Perkahwinan dan Persaraan Anggota BSPT Subang Jaya

Tarikh : 21 Mac 2019

Lokasi : Pejabat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon