Kawan2Ku

Al - Kisah

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

15 November 2016

Status Blog #103


Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya macam dah lama jer tak meluahkan rasa hati kat blog aku ni... kalau ikutkan hati, setiap hari ada saja yang ingin diceritakan, ingin diluahkan... tapi tetap tak terluah... mungkin kekurangan masa antara penyebab? mungkin laaaa..

Aku tau semenjak dua menjak ni ramai yang terasa hati dengan aku. Dan aku sedar kadang kadang mulut aku ni memang takder insurans, ikut sedap aku jer nak cakap apa. Tapi, itulah. Aku pun tak boleh nak elak. Dan aku juga tak boleh nak simpan dalam hati. Apa yang aku rasa, itulah yang aku luahkan. Aku tak nak jadi hipokrit. Sakit.

Walaupun mulut aku macam longkang, main sedap cakap jer, tapi tu bukan bermaksud putus persahabatan. Aku sekadar kata apa yang aku fikirkan betul. Persahabatan tetap sesuatu yang sangat bernilai buat aku. Walaupun kita kawan baik, tak semestinya kita setuju dan punya pendapat yang sama, kan??

Oh sekejap!

Sebenarnya aku cuma nak cakap.. akukan hari ni terasa hati dengan seseorang. Seseorang yang bila ternampak aku, dan dan dia berpaling ke arah lain dan berborak dengan kawan lain. Dia buat tak nampak jer kat aku... tapi takperlah... aku terpaksa juga buat2 faham kalau itulah yang memang dia nak... walaupun aku sedikit sedih.

'Sedikit'... ermmmmm...

Oklah.. tu jer nak luah...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)


Assalamualaikum wbt...

Aktiviti : Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Lokasi : Dewan IPD Subang Jaya
Tarikh : 15 November 2016





Canopy Walk @ Taman Eco Rimba, KL


Assalamualaikum wbt...

Aktiviti : Canopy Walk
Lokasi : Taman Eco Rimba KL, Hutan Simpan Bukit Nenas.
Tarikh : 13 November 2016
Line Up : 8 Dewasa 2 Kanak-Kanak



























10 November 2016

Status Blog #102


Assalamualaikum wbt...

Aktiviti : Ceramah Agama Oleh Ustaz Amin TV9, Doa Selamat dan Solat Hajat
Lokasi : Surau IPD Subang Jaya
Tarikh : 10 November 2016










D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon