Assalamualaikum wbt
Rabu : 23/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-281
Plan hari ni nak pergi Cameron Highland, bawa anak-anak aku naik sana.. Lama betul tak pergi.. Kalau dulu masa Ainul kecil, memang selalu dan kerap bawa dia naik atas sana.. Kebetulan aritu Si Arissa tengok gambar-gambar kakak dia masa kecik dalam laptop aku.. dia tanya, kenapa dia tak pernah pergi?
Sebenarnya bukan dia tak pernah pergi, tapi dia pergi masa dia kecil lagi ( masa dia dalam perut pun pernah naik sana ).. Masa baby pernah bawa dia sekali.. masa umur setahun atau dua tahun pun pernah.. tapi tu la, dia kecil lagi untuk ingat. Kebetulan pula gamabar-gambar masa dia kat sana tu, rosak bersama henfon aku.. masuk air. So memang habis la semua bukti2 yang dia pernah aku bawa naik Cameron Highland suatu ketika dulu..
Selepas dari kisah tu, dan kebetulan asben aku kata dia dah ambil cuti untuk balik ke Subang, terus aku terfikir untuk bawa diorang naik ke Cameron.. Ye la, bukan senang asben aku tu nak ambil cuti panjang dan balik Subang. Biasa kalau dia balik Subang, balik sehari jer hari dia off.. Sayang sangat nak tinggalkan tempat keje dia tu... Tak percaya nak tinggalkan keje kat staff, kut.
Si Arissa, punyalah excited nak berjalan, malam tu dia tak boleh tidur langsung. Si Ainul la cerita kat aku yang Arissa bagitau dia, tak boleh tidur. Patutlah pukul 4 pagi dia dah kejut aku dengan asben, suruh bersiap cepat. haha.. Sian anak-anak mama.. lama sangat dah mama tak bawa pergi jalan2, semenjak duduk berjauhan ni.
Selfie dulu sebelum Si Arissa tidur dalam kereta. Memang dia mengantuk sangat tu disebabkan tak tidur malam tadi. |
Dua-dua nyenyak tidur. Lena. haha |
Baru naik sikit dari Tapah, aku dah rasa nak termuntah. nampak kedai runcit kat tepi jalan tu, terus lah singgah.. cari jeruk-jeruk untuk pujuk tekak aku.. hehe |
Tiga bungkus. Cukuplah untuk aku sorang... tetiba dua orang kat belakang tu terjaga. Terpaksa share dengan diorang. hahahah |
Singgah ladang teh kejap... |
Papa dan si sulong. kaki gaduh ni diorang berdua.. si papa pulak kuat menyakat.. memang asyik bertekak jer laaaa.. mama yang pening. |
Tengok jam, masih awal lagi nak check in. Perut makin lapar.. so singgah la jap cari apa2 yang boleh dimakan. Aiskrim strawberi pun boleh. |
Anak aku punya... |
Sayur apa ntah ni. Lupa pulak nak tanya.. tapi sedap.. |
Cha Bak Ang... |
No comments:
Post a Comment