Assalamualaikum wbt
Khamis : 31/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-289
Hari ni kami datang ofis saja2 jer buat syarat sebab memang kami tak ada kerja pun hari ni. Semalam dah tutup akaun tahunan, so okaylah. Hari ni rilek2 gosip2 makan2 sambil menikmati hari terakhir tahun 2020 ni.
2020 - walaupun aku tak nampak kereta terbang, tapi Alhamdulillah.. dalam Foodpanda aku nampak Gerai Roti Canai Terbang... Dah beberapa kali juga aku order. Sedap.
2020 - walaupun permohonan pertukaran aku dah expired dan aku buat permohonan baru, aku tetap bersabar menanti dan terus menanti agar aku dapat duduk sekali dengan suami dan anak-anak aku di Johor.
2020 - lebih banyak masa aku duduk di rumah disebabkan PKP yang diumumkan kerajaan untuk mencegah pandemik covid dari terus menular, lebih banyak yang aku pelajari tentang diri aku sendiri. Aku ingat aku kuat duduk sini sorang2 tanpa suami dan anak2, padahal aku lemah, teramat lemah. Allah jer yang tau apa yang aku rasa. Mungkin aku tak tunjukkan pada orang lain, tapi perasaan tu. Susah nak gambarkan..
2020 - pencapai tertinggi aku... Berat terberat paling berat dalam sejarah hidup aku. Sampai aku rasa tak sanggup nak naik atas penimbang tu. Takut penimbang tu pun maki aku sebab berat. Haha. Ok. 2021 aku diet. Janji.
Ni aktiviti harian aku hari ni...
Sarapan pagi ni Mak Reha belanja Roti Sardin.. Alhamdulillah.. jimat duit untuk sarapan. |
Tengahari diorang ajak pergi warung Corona kat Kampung Tengah. Katanya masakan kat sini sedap |
Order nasi goreng ikan masin jer .. |
Balik kerja aku singgah ST Rosyam Mart yang baru buka kat Taipan. Nak cari bahan untuk masak oden malam ni. |
Sorang2 mengoden pun jadi ... Simple tapi puas hati.. |
No comments:
Post a Comment