Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

03 Julai 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Kundasang Dan Ranau, Sabah


Assalamualaikum wbt...

Pada 29/6 hingga 2/7 yang lepas aku berkesempatan ke Sabah anjuran PERKEP IPD Subang Jaya. Rombongan diketuai oleh tuan KPD bersama isteri dan anak2, tuan KBKA dan isteri, tuan KBND bersama isteri dan anak2 serta beberapa ahli PERKEP yang lain. Rombongan yang memang tidak akan dilupakan sampai bila2 dan akan menjadi kenangan terindah dalam diari hidup aku...

Diawal perancangan, hanya kami2 sahaja yang akan mengikuti lawatan tersebut diketuai oleh Puan Juliana selaku pengerusi PERKEP daerah. Dan bila cadangan ini diajukan kepada tuan KPD, beliau turut sama berminat untuk mengikuti lawatan ini memandangkan beliau pernah bertugas di IPD Ranau. Dan beliau jugalah yang telah menanggung sebahagian besar perbelanjaan kami disana selain sebahagian juga ditanggung oleh pihak IPK Sabah..

Jom layan gambar2 sepanjang aku berada di Kundasang dan Ranau.. harap korang semua tak termuntah kalau banyak gambar aku yang tersyok sendiri.. hahaha!

Sabtu 29 Jun 2013
 
masa pergi aku dok sebelah si Lokman dalam flight.. comel jer dia sampai terlentok tertido sebelah aku dalam flight.. hehe!

sampai je di KK kami dijemput oleh transport dari IPK Sabah dan dibawa menuju ke Kundasang...
sepanjang perjalanan ke Kundasang, masing2 tertidur kerana kepenatan... aku pulak tak dapat nak tidur.. terasa sayang kalau tidur sebab inilah kali pertama aku ke sini dan rugi kalau tak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan...

sebelum memulakan aktiviti, kita makan dulu (ditanggung)
Dalam perjalanan ke Kinabalu Park... tapi disebabkan hujan yang teramat lebat, kami tangguhkan dahulu perjalanan..

Kinabalu Pine Resort... tempat penginapan kami (ditanggung)

Ni la bilik aku dan Linie... satu bilik share 2 orang...


pemandangan dari dalam bilik kami..

ruang beranda bilik kami.. tido kat sini pon best..






















Pada sebelah malamnya pula kami menikmati makan malam (barbeque) sambil di hiburkan dengan persembahan yang begitu memukau dari kumpulan (lupa nama) yang memang best... enjoy sangat.. penyanyi kumpulan ni adalah sepupu kepada Adira AF.




 





Ahad 30 Jun 2013...

Pagi selepas bersarapan, kami bertolak dari Pine Resort Kundasang untuk ke Tagal Ikan Pelian (ikan kelah) di sungai Moroli Kampung Luanti di Kundasang.. sangat best kerana dapat memberi ikan kelah makanan dan ianya memang satu pengalaman yang sangat berharga..

sarapan time!

tuan ocpd kami yang sangat sporting...
Nanny dan Ieyla..

penerangan ringkas dari Encik Fazli

merah tangan kena sedut dengan ikan kelah.. tapi tak sakit pun..

tuan KBKA try usha ikan2 tu..

beginilah cara memberi ikan kelah makan.. (bukan main tabur jer)

Dari Kampung Luanti, kami menuju ke Poring Hot Spring...

amboi.. syok kak wani n kak maz dok kat belakang hilux KPD.. ambik udara segar katanya..

ingatkan diorang seludup pengganas... haha!





Here we go.. Canopy Walk.. penat mak, nak... hampir putus nafas dibuatnya.. tapi memang seronok.. rasanya ni aktiviti paling menarik dan seronok walaupun kami hampir berpatah balik....































selepas berhempas pulas mendaki bukit dan menikmati pemandangan dan pengalaman jambatan gantung, kami sempat merendam kaki untuk menghilangkan lenguh2di kaki...




Dari Poring Hot Spring, kami singgah sekejap kat Kinabalu Park untuk bergambar..


Dari Kinabalu Park, kami terus menuju ke IPD Tuaran....

Next Entry :

Cuti - Cuti Malaysia : Tuaran, Sabah