Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

01 Ogos 2013

Hiking @ Titian Kanopi Poring, Ranau Sabah


Pada 30/6/2013 yang lepas, aku telah berpeluang untuk hiking ke Canopy Walkway bersama kawan2 dan bos aku, Tuan Yahaya... Canopy Walkway ni terletak di dalam Poring Hot Spring (Kinabalu Waterpark) Ranau, Sabah.





Sebenarnya takder persediaan untuk kami naik ke Canopy Walkway ni. Apa yang kami tahu, Tuan Yahaya bawa kami ke sini untuk menikmati kehangatan air panas Poring. Tapi bila sampai, dia kata dia nak naik CW ni.. so sebahagian dari kami memang teruja nak ikut dia naik walaupun dengan berselipar! 



Mulanya kami ingat, takderla tinggi sangat untuk sampai ke jambatan gantung tu... rupanya hampir 550 meter juga la untuk naik ke atas tu untuk sampai ke starting point (Pondok Manggas).. dengan berselipar dan keadaan jalan yang agak curam (errr... bagi kami kira curam la tu) memang semput dibuatnya... kata2 semangat dari Tuan Jason "Sikittttt aja lagi bah! Kentutttt pun boleh dengarrrr" buatkan kami bersemangat walaupun dah sepuluh kali dia cakap macam tu, kami masih tak sampai2 lagi ke atas... hahaha!


Bila dah sampai atas, Subhanallah... cantiknya pemandangan dan keindahan alam ciptaan Allah... rasa penat tadi terus hilang. timbul rasa teruja yang amat. hehehe..


Laluan ini adalah sejauh 157.8 meter dan setinggi 41-43 meter dari atas tanah. Memang tinggi, nak pandang bawah pun rasa gayat dan takut. Tapi benda dan pengalaman baru, kita redahhhhhh jer!!






Tuan Yahaya... 

Boss kami cameraman kami. Eh#

Menikmati pemandangan dari atas... cantik...

Nieza
Nanie
Yatz dan Tuan Jason.. Yatz muka gayat.. hehehe
ni amoi mana entah ni... sesat kot! hahahahahah (Linie)

Ieyla... sentiasa ceria...




Tuan Yahaya dah sampai bawah dulu...



masa untuk kembali ke pangkal jalan... (masa turun ni muka masing2 ceria... tak macam masa naik tadi)




lepas turun dari Canapy Walkway, kami merendamkan kami ke dalam air panas.. pehhhh! segar rasa....
Walaupun penat sikit sebab takder persediaan awal untuk naik ke Canopy Walk dan hanya berselipar, tapi kepuasan tu memang dapat kami rasa. Rasa memang nak pergi lagi, tapi tak tahu bila...

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon