Kawan2Ku

13 Mei 2014

Agensi Cari Jodoh... Lagi...

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 13, 2014

Eh eh.. sebelum sambung menjahit, nak cerita skit pasal sahabat maya aku tu..

Memandangkan dia masih solo, belum berkahwin aku pun macam biasa la, bukak balik agensi cari jodoh aku tu untuk carikan dia calon isteri.. dan aku dah pun kenenkan dia pada adik bilik aku masa kat uitm dulu.. kekekekeke pantas!

Harap2 oklah diorang tu lagipun masing2 masih mencari... sesuai sangatlah.. sorang umur dah 33, sorang lagi 32, nak tunggu apa lagi kan? Lagipun adik bilik aku ni memang dah pernah jumpa sahabat maya aku ni (masa tu dia pinjam buku adik bilik aku, tp buku tu dia hilangkan), cuma aku jer yang tak pernah dan tak nak jumpa dia... hahaha!

Harap2 diorang ni menjadi la sebagaimana aku rekemenkan Mizie dan Eja dulu.. baby diorang pun dah masuk 6 bulan. Kejap je masa berlalu...

Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan?Bak kata Ajie pulak, mungkin Niza la pembuka kunci hati dia... cewahhhhh!

Babai!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea