Kawan2Ku

07 Oktober 2014

Lirik Lagu : Alasanmu ~ Exist

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Oktober 07, 2014

Assalamualaikum wbt

Hari ni kat opis rasa macam takder mood nak keje.. yerla.. masih terasa lagi mood raya (alasan).. hahaha! tapi dalam banyak2 lagu, antara lagu yang aku suka dan jadi lagu wajib aku kalau nyanyi kat karaoke adalah lagu Alasanmu nyanyian Exist.

Teringat pulak kenangan masa kat Bandung dulu... aku, kak maz, kak wani, opik ngan ghani pergi karaoke kat pusat karaoke kepunyaan penyanyi dangdut Inul di Inul Vizta Family KTV.. aku sempat lagi berduet dengan Ghani nyanyi lagu ni.. Ghani, walaupun tak berapa tau sangat lagu ni, tapi dia hentam jer.. sporting..  hehe!

Jom layan lirik Alasanmu..

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu






0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea