Apa2 Aje, Bila2 Aje, Mana2 Aje, Siapa2 Aje, Suka2 Aje

Sunday, September 13, 2015

Majlis Persaraan Timbalan KPD Subang Jaya

Assalamualaikum wbt...
Pada Jumaat lepas telah diadakan Malam Sejambak Kasih Sekalung Budi sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua. 
Sedih juga rasa, sebab beliau adalah bos yang sangat baik dan sentiasa mementingkan kebajikan kami. Begitu juga dengan isteri beliau, Puan Annie yang sentiasa bergerak aktif dalam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan banyak membantu kami serta memberi nasihat dalam pelbagai hal.
 
Amaran : Sila Jangan Muntah Apabila Anda Melihat Banyak Gambar Selfie Yang Syok Sendiri Kerana Syok Sendiri Adalah Hobi Penulis.
 
Aku dan Faizah ditugaskan di meja pendaftaran.
Main cak cak dulu sementara tunggu tetamu datang...
 

Persembahan pembukaan
Ucapan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Bin Ramli
                                 
 
meja kami
                        
KBKA, Tuan Azman dan isteri tunjuk bakat terpendam.
Gadis PERKEP
Tuan Helmi, ex aku pegawai penyiasat trafik IPD Subang Jaya yang kini bertugas di Bukit Aman menunjukkan bakat nyanyian dan bermain gitar.
 
Tarian
 
jejaka jejaka trafik dan gerakan...
 
Ni la keje kami... kalau tak makan, kami selfie... kalau tak selfie, kami makan...
dan lagi... syok sendiri...
dengan Sarjan Musa
Pasangan merpati dua sejoli... kekekekeke!
dah kenapa tuan Rahman tu tutup mata?
Tuan lagi... ni la pegawai yang aku paling nyampah! cengih! moody! angin pasang surut! hahahahah jangan marah tuan!!!!
dengan tuan Helmi.. dikala ni muka dah berminyak2, lipstik dah hilang, memang pucat la muka... kalau tau nak selfie ngan tuan helmi, aku pegi touch up kejap. hahahahahha!
Jejaka jejaka yang pernah / masih bertugas di cawangan trafik IPD Subang Jaya
Adoi. Mamat ni lagi... berapa banyak daaa aku selfie dengan dia... dah le guna kamera dia, sebab tu gamba aku jadi tak cantik.. sebab kalau guna kamera aku, confirm aku guna aplikasi kamera 360. Confirm cun, flawless je muka walaupun hakikatnya..... (faham2 dah la)
 
ok dah.. aku malas nak cakap apa dah...
dengan Faizah... time ni la tak lama tu tetiba dia menangis teringat kat mak dan makcik dia kat Makkah. Rupa rupanya ada dugaan dan ujian yang Allah turunkan menguji mereka sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian tersebut.
Dengan Mak Riha a.k.a bonda aku kat trafik tu... (errr.. jangan tanya kenapa dia lagi comel dari aku kalau rasa2 taknak kena penumbuk sulung aku)
Ni je aku makan. percaya tak?
puding karamel. okla not bad. tapi aku suka puding roti sampai terlupa nak amik gambar sebab terlalu khusyuk makan.
 
Sapalah yang tak pandai amik gambar ni... jauh benoooooo...
Selfie dengan adik brutal aku nan seorang ni... Koyatt.. maintain comel je dia... Aku? tengoklah... muka dah berminyak, boleh guna buat goreng ikan...
Tu je la secebis kisah Malam Sejambak Kasih Sekalung Budi IPD Subang Jaya sempena persaraan Tuan Timbalan KPD Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua.
 
Happy Retirement Tuan!
 

No comments:

Post a Comment