Apa2 Aje, Bila2 Aje, Mana2 Aje, Siapa2 Aje, Suka2 Aje

Sunday, May 14, 2017

Air Terjun Telun Berasap, Jambi Indonesia



Assalamualaikum wbt...
 
 
Ikut itinerary asal, selepas turun dari Puncak Inderapura, keesokannya kami sepatutnya hiking di Danau Gunung Tujuh. Dan bangun je pagi tu badan aku rasa segar sangat. Soalan pertama aku tanya Nad,
 
"Jadi ke kita nak hiking kat Danau Gunung Tujuh?"
 
 
Bersemangat pulak nak sambung hiking, sebab badan dah rasa sihat sepenuhnya. haha! tapi setelah dibawa berbincang, kami putuskan cuma Faizal, Rizal dan Lava je yang akan ke Danau Gunung Tujuh. Yang lain akan ke Air Terjun Telun Berasap, yang terletak di Desa Telun Berasap, Kecamatan Kayu Aro, Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi. Airnya mengalir dari Danau Gunung Tujuh..  Betul juga cakap Nad, kaki ni kena sayang gak.. Kena jaga elok2.. so kita bagi yang padu2 je wakil kami pergi ke Danau Gunung Tujuh.. haha!
 
 
Kerinci terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Salah satu adalah Air Terjun Telun Berasap yang memiliki ketinggian lebih kurang 50 meter, yang bersumberkan air dari Danau Gunung Tujuh yang juga merupakan danau tertinggi di Asia Tenggara. Masyarakat setempat memberikan nama Telun Berasap kerana air terjun ini sentiasa diselaputi kabus asap akibat dari hempasan air terjun ke batu yang kuat.


Untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu menuruni ratusan anak tangga. Di sepanjang anak tangga tersebut terdapat pohon-pohon besar yang berusia ratusan bahkan ribuan tahun.
 
Uniknya air terjun ini adalah disebalik air terjun tersebut kononnya terdapat sebuah gua yang sangat luas. Tetapi sehingga kini masih belum ada manusia yang berani memasuki gua tersebut disebabkan air terjun yang cukup deras.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

satu lagi air terjun yang kelihatan di arah bertentangan..
 
 
 
 
Perasan tak brother dua orang kat belakang tu... dia siap mintak aku sampaikan salam dekat Upin Ipin dengan Boboiboy... hehe
 
 
 
 
 
 
 
 



acah acah hipster la konon - kononnya...
Gambar ni diambil dari tempat parking kereta Air Terjun Telun Berasap
 
Sementara tunggu geng Danau Gunung Tujuh turun di kaki gunung, kami menghabiskan masa berposing sakan memenuhkan ruang memori kad dengan gambar gambar di sekitar perjalanan...
 
 
Seumur hidup aku ni la kali pertama aku masuk sawah... haha! hilang terus tak Nampak dalam gambar... Sawah ni tak jauh dari pintu masuk Gunung Tujuh.
 
 
Masing2 teruja...
 
 
Lepas berposing sakan kat sawah, sempat juga aku join beberapa remaja di kampong tu untuk bermain bola tampar... seronok weh walau dapat main sekejap jer...
 
 
Bergambar depan pintu masuk Gunung Tujuh
 
 
 
Diorang turun dari Gunung Tujuh, kami yang happy kemain macam kami pulak yang sama2 diorang hiking kat sana.
 
haha!
--------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Ni gambar2 diorang kat Danau Gunung Tujuh...
 
 
 
 

 







 

No comments:

Post a Comment