Assalamualaikum wbt..
Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Padang untuk menghantar Faizal yang akan pulang ke Malaysia pada hari tersebut. Perjalanan ke Padang mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk waktu kami berhenti untuk minum dan driver kami merehatkan badan..
Sebenarnya jarak antara Kersik Tuo ke Padang adalah sekitar 215 km jer (diambil dari pakcik google maps). Tapi kondisi jalannya yang berbukit bukau dan jalan yang agak berbengkang bengkok melambatkan perjalanan.
Selepas menghantar Faizal di airport, Ferdi membawa kami ke tepi pantai (lupa nama) untuk menaiki bot ke Pulau Pagang dan Pulau Pasumpahan. Sebelum menunggu hari cerah dan bot, kami sempat makan di warung berdekatan.
Oklah. Untuk entry ni aku malas nak cerita banyak. Bukan korang baca pun. haha! Tengok jerla apa gamba yang ada...
Apa apa hal pakai sunblock dulu.. dengan harapan kulit tak terbakar... harap2 lah... (terima kasih Azrizal sebab bagi aku pakai sunblock dia ni) |
hitam hoi! |
Santapan kami semasa di Pulau |
opsss!! ngedate ya! |
PULAU PASUMPAHAN
Sepatutnya masa kat Pulau Pasumpahan ni pun kami buat aktiviti snorkelling.. Tapi memandangkan awan pun dah makin gelap, tanda-tanda nak hujan so kami decide untuk bergambar je.. Takperla... yang penting masa kat Pulau Pagang dah buat snorkelling...
hipster sangat la konon-kononnya... |
No comments:
Post a Comment